Assalamualaikum..
Rajin la pulak nak tulis artikel ini. Kesiannya tajuk nie.. Kesian sangat! Tapi dah nak kesian apa kalau dah terkena pada badan sendiri.. hmm~~ Kesian diri ini.. hahaha!
Hari ini saya sangat rajin untuk membentangkan pendapat saya terhadap kekecewaan hasil daripada Cinta yang bertepuk sebelah tangan. Tapi yang ini adalah panduan bagi yang TELAH TAHU cintanya bertepuk sebelah tangan yea.. Yang ragu2 dan yang kurang pasti, berusahalah untuk mengetahui daripada termakan hati ok?
Jadi inilah dia First Aid Medical Cure untuk orang yang baru2 jak kecewa :
1. Anggaplah ia ujian daripada Tuhan..
Anggaplah ujian daripada Allah s.w.t.. Kalau agama lain tu, pada tuhan masing2 la. Pernah dengar tak lirik lagu “Ujian adalah tarbiyah dari Allah.. Apakah kita kan sabar.. Ataupun sebaliknya..” Itu benar! Ujian itu datang daripada Tuhan.. Supaya kita sedar, langit tak selalunya cerah.. Tidak bermakna hidup ini jika ceria saja kan? Cubaan hidup itulah yang menguji sejauh manakah kekuatan dan kelemahan dalam diri kita. Sabar itu kunci. Bukalah kunci kekuatan dengan kesabaran supaya kelemahan dapat diatasi..
2. Bersyukur kerana kali ini kena pada kita, bukan pada orang lain..
Hmm~~ macam pelik.. Tapi yang peliknya itu ada hikmah di sebaliknya.. Kenapa? Ia mengajar kita supaya lebih matang dalam hidup, dan lebih kuat dalam menghadapi cabaran dan dugaan. Syukurlah kita pernah merasainya pada masa dan ketika ini.. Dan ia menjadi suatu pengalaman hidup yang tidak akan dilupakan.. Jadi ingatlah pengalaman masa ini supaya pada masa hadapan kita tidak akan terpedaya lagi~~ ngee~~ Tapi jangan pula kerana pengalaman yang sedikit ini menjadikan kita sudah ragu terhadap cinta. Cemburu tidak bermata pada masa hadapan. Cuma ini berlaku pada kita pada masa ini supaya kita lebih berjaga-jaga pada masa hadapan.. :)
3. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita..
Pada awalnya kita memang sudah tidak boleh terima kenyataan yang dia bukanlah yang terbaik untuk kita. Sebenarnya Allah, hendak memberikan yang lebih baik dan setaraf dengan kita. Bukan kita nak katakan orang yang kita sayang (bekas kita sayang) itu tidak setaraf, tapi fikirkan, manalah tahu apabila suatu masa nanti apabila ada aral yang datang menerpa yang tidak di jangka menyebabkan kita menyesali diri kita sendiri kenapa kita mencintai dia? Ingatlah, ketika bercinta, semua kelemahan dan kekurangan seseorang yang kita suka seperti dihijab dari pandangan hati. Hijab ini jika tidak di pelihara dengan iman, takwa, dan cinta, hijab ini akan hilang seiring masa. Semakin lama kita mengenalinya, semakin lama kita mengetahui banyak perkara tentang baik buruk akan dirinya. Kebaikan itu x banyak akan di ingat, tapi kejahatan/kelemahan itulah yang akan selalu menjadi igauan. Akhirnya cinta akan berakhir di penghujung jalan. Sebab itulah banyak penceraian.. Bersyukurlah jika bertepuk sebelah tangan ini tanda Allah ingin membantu kita mencari jalan yang terbaik agar perkahwinan yang bakal kita lalui nanti tidak sampai terhenti di tengah jalan.
Ingatlah penceraian adalah perkara yang paling Allah tidak suka walaupun dihalalkan. Oleh itu, lebih baik ia berakhir sebelum ia bermula daripada berakhirnya kebahagiaan sesebuah rumahtangga dengan perpisahan..
4. Saya dah usaha pun.. Tapi kenapa cinta saya di tolak? Something is wrong with his/her and your heart..
Pernah dengar tak pasal ‘getaran jiwa’? Yang macam cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee tu? Bolehlah.. ‘Andai dipisah lagu dan irama, lemah tiada berjiwa.. Hampa’. Benar itu, tapi penuh dengan kiasan yang sangat bermakna. Bagi saya, ‘lagu dan irama’ itu umpama cinta dan hati. Kenapa ada cinta untuknya di hati kita tapi tiada cinta darinya untuk kita? Kerana tiada ‘getaran jiwa’.. Maksudnya, something is wrong with your and his/her heart sampaikan getaran jiwa berbentuk cinta itu tidak sampai padanya. Kita boleh ibaratkan cinta kita itu sebagai dua benda : puzzle atau litar. Hati kita ibarat sekeping serpihan puzzle. Jika betul serpihan itu, maka sempurnalah puzzle itu, jika salah, puzzle itu tidak akan jadi cantik kerana sekeping puzzle yang bukan untuk sekumpulan puzzle itu (yang kita punya lagi tu!). Sama juga dengan litar elektrik. (Sy bukan pelajar elektrik ok? Cuma perbandingan umum je.. Salah, betulkan yer..) Litar elektrik biasanya mempunyai sumber tenaga. Tak kiralah sel kering ka, AC/DC ka.. Semuanya ada voltan tersendiri kan? Jika tepat volt itu, pasti akan ‘hidup’ litar itu, bukan? Jikalau terlebih atau terkurang, litar itu tetap tidak boleh ‘hidup’. Kenapa? Sumber tenaga itu tidak sesuai.. Volt itu tidak sesuai.. Jadi secara ringkasnya senang saya katakan.. Tiada chemistry. Getaran cinta yang kita ingin salurkan kepada orang yang kita sayang itu tidak sampai.. Kerana tiada chemistry. Tidak ‘ngam’. Something is wrong.. Maybe your heart or his/her heart, you know it by yourself.. You will know it.. Now, maybe later on..
5. Tak semestinya cinta kamu ditolak, kamu tidak boleh cari pengganti yang lain..
Amboi.. Mentang-mentanglah dah kemaruk dengan dia, bila dah ditolak dah la mula nak emo semacam ya? Nak langgar Qada’ dan Qadar tuhan ke? Nak langgar kertentuan-Nya? Nak buat macam mana dah kalau dah banyak usaha pun x lut jugak.. Anggap jelah ini dah suratan takdir.. Memanglah kecewa melanda diri. Tapi janganlah anggap diri itu apabila tidak dicintai, rasa x berguna la pulak. Janganlah menghina diri dan merendah diri la pulak.. Mahu tak mahu, kita kena balik kepada diri kita yang asal sebelum kita jumpa dia.. Bahagia jugak kan? Cinta itu adalah datang daripada Allah.. Allah-lah yang menciptakan cinta dan akhirnya dilemparkan ke dalam hati manusia.. Cinta adalah fitrah. Semua orang tidak dapat menolaknya. Cinta adalah kebahagiaan sekaligus datang dengan dugaan. Dan jangan kerana dugaan cinta yang kita lalui ini, kita tewas. Kita perlu bangun dan memilih secara matang sama ada cinta ini perlu dipertahankan atau dibiarkan berlalu pergi dan mencari cinta yang lebih baik. Pilihan di tangan kita. Allah telah menciptakan manusia dengan akal fikiran untuk berfikir. Fikirlah yang mana baik untuk dirimu dan masa depanmu.. Tapi kalau kisah cinta saya, saya kini dalam usaha untuk menerima kenyataan yang saya hanyalah bertepuk sebelah tangan.. :) Kerana saya percaya, satu hari nanti saya akan jatuh cinta lagi.. Ingat serpihan puzzle yang saya katakan? Kalau betullah itu ‘sekeping’ hati saya ini melengkapkan ‘puzzle’ cinta itu, pasti akan bahagialah saya sehingga ke Syurga.. Insyaallah.
6. Redhalah dengan Ketentuan-Nya.
Benar, pada hari saya menulis post ini, hari ini jugalah saya mengetahui cinta saya adalah cinta yang bertepuk sebelah tangan. Tapi tidak perlulah saya cerita pasal kisah cinta saya bagaimana.. Kerana, jika saya cerita kembali pun, tiada gunanya kan? Saya terima pada hari ini, semuanya tentang orang yang saya cinta akan berakhir.. Dan semuanya akan tamat. Saya sudah mula membuang semua kenangan tentangnya. Semua kenangan yang ada kait mengait dengannya. Gambar, video, semua saya delete. Background, welcome screen pun telah saya tukar, dan semualah yang lain.. Saya melihat semuanya yang saya simpan hari itu buat kali terakhir dan selepas itu, saya delete.. Kerana saya perlu sedar yang saya juga perlu sayang diri saya sendiri daripada menderita dengan kekecewaan ini. Kekecewaan inilah yang akan menjadikan seseorang akan hilang arah, dan jika silap pertimbangan, kita akan membuat suatu perkara yang bodoh dan tidak waras. Bagaimanakah di hadapan nanti, apabila kita sudah bertemu Allah, kita terpaksa mengatakan yang kita mensia-siakan hidup kita yang bermakna ini dengan pengisian yang tidak bermakna kepada Allah.. Amalan yang tidak cukup.. Hati dan iman yang tidak kuat? Jiwa yang tidak tahan dengan dugaan dan cabaran Allah..? Apa kita nak jawab depan-Nya nanti?
Buatlah pertimbangan dengan bijak.. Saya bukan cakap suka2, tapi saya bercakap pada masa yang sama saya juga ingin menasihati jiwa saya yang sedang dilanda kecewa. Saya pun pandai kecewa tau.. Sebab saya pun manusia biasa.. Semuanya ikhlas dari hati saya.. Kepada semua yang sedang kecewa kerana cinta bertepuk sebelah tangan, jangan bersedih hati, kerana cinta sekaligus jodoh itu adalah ketentuan Allah. Bila masanya? Kita tidak tahu.. Cuma kita boleh berharap, biarlah cinta dan jodoh itu berkekalan sampai ke akhir hayat.. Amin~~!
P/s: Kepada yang tahu cerita saya especially Zaza (Si sangkar dunia).. Dan Icha (The Melody of Heart) Jangan cerita apa2 especially pda RP yer.. Sshh!! Diam2..

0 comments:
Post a Comment