Cuti 2 bulan yang aku nikmati ini dah berakhir di penghujungnya.. Akhirnya, masa itu sudah 'cukup bersabar' dengan kenikmatan yang aku nikmati ini.. haha! Sebenarnya, kalau boleh aku nak minta cuti lagi.. Tapi apakan daya, hidup mesti diteruskan dan perjalanan ini tidak boleh dihentikan kecuali di hentikan oleh yang Maha Kuasa..
Banyak perkara yang "BESAR" berlaku dalam hidupku sepanjang cuti ini.. Masa cuti inilah masa yang lebih berkualiti bersama ibu bapaku.. Sambut hari bapa di KFC Giant, sambut harijadi Mama di KFC Empire cinema, bawa mak bapakku pi tgok wayang sebab satu perkara, dorang sudah TIDAK LAGI masuk panggung wayang sejak 27 tahun yang lalu! Umur aku baru 19, tapi, sangat berbangga kepada diri sendiri sebab aku jugalah yang boleh membawa mak bapak aku ke panggung wayang ~~ngee~~ Anak manja kan? Tapi saya rasa lebih bagus bawa mak bapak daripada bawak boyfriend yang kita tidak tahu apa masa depan kita dengannya.. Bukan? (Pendapat saya la..) Uii.. Tapi x da istilah mintak belanja OK?
Apa yang kami lakukan, semua tiga orang.. Jalan, pigi hospital amik appointment, pegi bank, lepak di pantai, kadang2 ke State Library, panggung wayang, KFC, servay, DLL selalunya kami bertiga.. Lepak di rumah.. Tgok TV sama2.. Makan bersama.. Masa ni jugalah mama tanya macam2 pasal Muka Buku* Masa cuti 2 bulan ni jugaklah aku belajar memandu di institut memandu.. Yay! Da boleh bawak kereta dah.. Lepas ne bawak kapal terbang lagi ya! Haha!
*mukabuku = Facebook
Tapi bila dah habis cuti 2 bulan ne, sedar2 mata aku dah bengkak dah.. SAYA TAK BOLEH TINGGALKN RUMAH NE! x sanggup.. Sedangkan saya yang sedang menulis ne pun, berlinangan air mata x boleh tahan.. Ya Allah.. Susah la kalau mcam ne.. Rasanya macam x nak balik Poly jer.. Memangla, di Politeknik tu saya ada second family yang bernama RP FAMILY, but, this one, I think Im too reluctant to leave them both now.. Macam2 da kenangan yang aku rasa tidak boleh dilupakan.. the way we're three live like no ends.. Dan yang paling saya ingat, bila masa saya tengah belajar kereta tu, dorang sanggup tunggu setiap 2 daripada total 8 jam kat institut memandu tu daripada jalan2 dua orang.. Ya. I admit, saya anak manja dan saya sangat berbangga, sebab mak bapak saya melihat apa yang saya buat dan memantau sepanjang saya belajar kereta di litar memandu.. Tak cukup belajar di I.M ja, saya juga diajar bapak dan dipercaya oleh mereka bawa kereta Kembara dan berlatih gear di bekas lapangan terbang.. Yang paling saya ingat, mak saya sempat lagi bercakap di belakang :
"macam mana nak jadi pilot kalau bawak kereta masih temati-mati macam ne.. Ko ingatla ko bawak kereta ne macam ko bawak kapal terbang tu.."
Mama dan bapak adalah dua orang yang takut dengan kelajuan, tapi kerana hendak mengajar seseorang yang 'lambat loading' ini, mereka diam sahaja waktu kotak gear dah masuk gear 5.
Pada masa yang sama, masih mendorong seorang yang 'lambat loading' ini, mengejar impiannya yang semakin lama semakin pudar semangatnya..
Belajar race di ex-airport runaway, seperti aku didorong semula untuk mengejar impian yang lalu.. Di mana aku sekarang? Di Politeknik, ambil diploma pemasaran.. Ya, mungkin mereka tidak mampu untuk merealisasikan impian dengan sokongan kewangan, namun, sokongan dari dalam sebenarnya lebih bermakna dari segalanya.. Masa yang menentukan.. Insyaallah..
Tambahan : Salah satu sebab kenapa aku x nak ada boyfriend.. Sebab aku tau, boyfriend aku (kalau aku ada pun) pasti melarang aku kejar impian aku.. Bulih bha kejar balik tu.. Duit sja bha.. Adalah pelan tindakan yang aku buat.. shhh!
Malam ne sepatutnya aku sudah bertolak dengan kawan2 balik ke Politeknik.. hari ini 05 hb.. Tapi aku menolak dan balik pada esok malam sebab daftar diri pada 07 hb pagi.. Biarlah aku luangkan masa malam ini, bersama mama dan bapak dulu sebab aku rasa sangat berat hati....
Kalau boleh, x payah sambung and cari kerja ja dkat2 saja pun mungkin ok kot.. Tapi kata mama:
"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.. Bila nak mulakan sesuatu, biar sampai habis, nak belajar, biar sampai pandai.. Biar sampai dapat diploma.. Bila da habis diploma, kejarlah pilotmu tu balik.."
Sangat bersyukur sebab mempunyai mak bapak yang mungkin nampak seperti closed minded, tpi sebenarnya sangat open. Thats why I like to going home, because besides we're home, my dying dream, alive again.. My parents did that.. Say me anak manja, I admit, yes I am.. But because I'm anak manja la Ive become who I am today.. Syukur alhamdulillah.. Still manusia.. Manusia yang ingin membuktikan impian hidupnya kepada orang tuanya apabila sudah tiba masanya nanti.. Insyaallah..
Tuesday, July 5, 2011
Ok.. Cuti semester 2 bulan dah berakhir.. Coretan sebelum balik ke Politeknik
Posted by AshQah Qieen at Tuesday, July 05, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment