BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Thank You For Dropping By.. You are very appreciated to be here.. It is recomended to you to leave a comment..
This blog is free from any political views..
REMEMBER! spamming, advertising, and bad words are NOT ALLOWED.. My BLOG, My RULES.. TQ

Friday, August 12, 2011

L.I *Latihan Industri*

Sedar x sedar.. Mau praktikal sudah saya.. Wah cepat ya masa berlalu.. Sampai kita tidak sedari masa yang berlalu itu sudah berada dipertengahan atau mungkin di penghujungnya. Macam baru pulak saya post yang saya baru masuk dalam politeknik ne.. Lepas tu saya kena 'keluar kejap' untuk buat latihan industri dalam masa 6 bulan. Lepas tu, balik sahaja ke Politeknik, dan sambung lagi 2 semester sebelum habis dapat diploma. Cepatnya masa berlalu..

Ya.. Zaman saya masih lagi praktikal semester 4. Tapi kawan2 saya yang amik kejuruteraan, telah dianjak latihan praktikal dorang ke semester 6. Sebenarnya itu lagi bagus kan? Syarikat boleh amik dorang ne bekerja terus. X la macam kami ne.. Kami boleh praktikal sana sekitar 5-6 bulan dan lepas tu kena balik semula untuk sambung setahun lagi.. Peluang pekerjaan bukan mudah nak dapat. Kalau syarikat nak tunggu kita mana tahan.. kan? Bagus la tu plajar kejuruteraan awam dah dianjak ke semester 6.. Generasi diploma pemasaran, batch saya masih lagi sem 4, dan batch junior sem satu sekarang ne akan L.I sem enam.. Tapi itu tak tau lagi sama ada confirm atau x..

Balik kepada saya. Di mana ya saya nak L.I?

Mencari tempat nak buat latihan industri memang pening. Sebab rasanya belum ready lagi la..

"Ha? Nak L.I sudah? Awalnyaaaa!!"

Tapi kita ne bertindak mengikut prosedur.. Kalau dah disuruh sem 4, sem 4 la.. hehe
Rasanya nak L.I d mana ya?
Lau saya, ofkoz la yang berkaitan penerbangan2 ne..
Tapi punyalah susah! Nak telefon pun ssah giler.. Nampak talian macan bebas tol. Tapi check2 balance, da terpakai RM5.. Lepas tu keep buzy jak telefon tu.. X dapat apa2 pun.. huhuhukk..

Tapi memangla.. Tempat yang baik memang awal2 susah nak dapat.. Macam saya nak apply poli dulu.. hehehe :p
Tapi x tau lah.. Am I ready?

0 comments: