BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Thank You For Dropping By.. You are very appreciated to be here.. It is recomended to you to leave a comment..
This blog is free from any political views..
REMEMBER! spamming, advertising, and bad words are NOT ALLOWED.. My BLOG, My RULES.. TQ

Tuesday, October 4, 2011

DO NOT JUDGE a Book By It's COVER...!!

Don't Judge A Book By It's Cover.. 
OR
Jangan Menilai Sesuatu Buku Melalui Kulitnya

Memang.. Walau macamna pun, secara alaminya, kita akan selalu membuat penilaian berdasarkan apa yang berada di luarannya.. Kita tidak dapat nafikan, melalui 1st impression tu, kita boleh sangka orang tu macam2..

Tapi kita langsung x sangka, sebenarnya dia adalah YANG BERBEZA dari yang kita fikirkan..!

Kita tidak boleh ubah persepsi orang.. Tetapi, jika kita mengenali seseorang itu dengan lebih dalam, persepsi kita sendiri boleh berubah... Kerana kita telah mengenali seseorang itu dengan lebih baik daripada orang lain...

ADAKALANYA, SEBURUK2 ORANG YANG KITA SANGKAKAN ITU, SEBENARNYA LEBIH BAIK DARIPADA KITA....!!!

Bukan mudah untuk mencungkil perasaan negatif daripada orang lain.. Manusia akan selalu berfikiran negatif.. Tetapi, cubalah untuk lebih mengenali hati dan budi seseorang itu, tanpa mempercayai 1st impression at all..

Kerana.. PANDANGAN MATA SELALU MENIPU... Kata Hijjaz.. Itu benar..!

Kita pandang dengan HATI..

Cuba untuk membuka mata dan minda.. Cuba untuk menerima sesuatu dengan hati yang terbuka..

Kalau kita melihat keburukan orang lain, tidak salah jika kita menegur untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan dengan orang lain.. Tetapi sebaik2 teguran adalah orang yang menegur kesalahan seseorang itu TANPA MENGAIBKAN orang yang ditegur itu..

KERANA KETAHUILAH.. TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA DI DUNIA INI.. SEMUA ORANG AKAN MELAKUKAN KESILAPAN MASING2 SAMA ADA DI SEDARI ATAU X DISENGAJAKAN..

Jangan paksa orang untuk mengubah diri mereka.. Kerana manusia diciptakan dengan cara hidup yang berbeza.. Tetapi paksalah diri sendiri untuk menerima dan menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut, di samping sentiasa berfikiran positif..

Kita ini manusia, diciptakan dengan akal fikiran.. Baik buruk sesuatu, kita boleh fikirkan dan  kita boleh bezakan...

0 comments: