BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Thank You For Dropping By.. You are very appreciated to be here.. It is recomended to you to leave a comment..
This blog is free from any political views..
REMEMBER! spamming, advertising, and bad words are NOT ALLOWED.. My BLOG, My RULES.. TQ

Saturday, November 19, 2011

Ku Simpan Dirimu Dalam Doaku

Apa yang aku lakukan ku rasa betul dan tak menyesalinya..
Tidak salah jika kita ingin mengaku jika kita suka seorang itu.. Tetapi janganlah terlalu fikirkannya..
Ya benar, tidak dapat dinafikan, persekitaran kita hari ini telah berubah mengikut masa dan waktu.
Corak pemikiran manusia juga berubah seiring masa..
Namun, ingatlah pada yang Satu, Dia tetap yang sama..

Aku akui, fitrah manusia untuk merasa disayangi..
Sama jugalah dengan aku..
Namun, aku sedar betapa aku disayangi..
Oleh ibu bapaku, keluargaku..
Namun, kenapa tetap aku ingin menagih kasih kepada orang lain..
Sebab.. Semua itu fitrah, dan rasa ingin tahu dalam diri itu..
Yang cuba mencari jawapan tidak mengira apa pun..
Oleh itu sebabnya kenapa aku berani mengaku untuk meluahkan,
AKU SUKA PADAMU, padanya..

Namun, aku bersyukur, aku disedarkan oleh masa dan waktu,
Tatkala aku jatuh, tatkala aku bersedih hati,
Dua orang ini yang selalu bersamaku :
Mama.. Bapa..
Mereka berdua inilah sanggup berkorban untuk diriku tatkala orang lain tidak dapat membantuku.
Mereka inilah yang membantuku untuk mendorong semangatku tatka aku jatuh, dan tiada siapa yang mampu mendukungku kembali,
Mereka memang mereka yang aku kenali, sejak kecil lagi..
Bagaimana mereka begitu, memang begitulah mereka..
Bagaimana cara mereka, begitulah cara mereka,
Aku yang tak nampak.. Aku yang semakin buta..
Betapa dua insan inilah yang sentiasa berada di sisiku..
Memegang erat bahuku, memberi apa sahaja yang ku mahu,
Memberi apa sahaja keperluanku,
Menjaga makan minumku,
menjaga cukup tidurku,
Berjaga tika sakitku,
Mendoroangku membacakan tawakkal di setiap awal perjalananku..
Membacakan yassin di kala hari peperiksaanku..
Dan sehingga kini, masih menyokongku untuk terus mengejar cita-citaku meskipun semakin jauh dariku..
Memberi semangat kepadaku apabila tiba masanya mereka tidak mampu membantu..
Kata mereka : "Tidak jauh bha tu.. Usaha saja selagi kau mampu"..

Siapa yang aku ingat? Siapa yang aku ingat?
Dia..
Dia yang aku suka..
Dan aku bersyukur kerana aku berjumpa dengan orang sepertinya..
Kerana menahan diri, menutup hati dan membuka mataku untuk kembali ke dunia nyata, bukan ke dunia cinta..
Sungguh bernasib baik aku berjumpa dengan seorang yang masih menahan dirinya daripada segala godaan dan cabaran dunia remaja-dewasa
Baru ku faham apa maksudnya..
Apa maksudnya untuk tidak membuka hatinya untuk sesiapa kerana dia belum bersedia
Baru aku faham maksudnya apabila aku ditunjukkan Allah bagaimana pengorbanan ibu bapa lebih banyak jasanya..
Jika bukan mama dan Bapa, aku tidak begini sekarang..

Kepada mama dan bapa,



Dan untuk dia,
Terima kasih kerana membuka mataku..
Akan ku selalu doakan dirimu..
Agar dapat juga mengejar cita2mu..
Kini, aku yang telah membuka mata dan hati
Tidak bersedia untuk menerima sesiapa pun kerana aku adalah untuk ibu bapaku..
Baru aku tahu apa maksudmu..  "Jika ada, adalah dan sebaliknya.."
Aku tidak tahu, siapa jodohku,
Namun sebagai orang yang pernah wujud hidupmu, biarlah aku menjadi seoang sahabatmu..
Kusandarkan dirimu sebagai antara sumber inspirasiku..
Terima kasih.. Dan semoga gembira selalu..
Amin..!



0 comments: