BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Thank You For Dropping By.. You are very appreciated to be here.. It is recomended to you to leave a comment..
This blog is free from any political views..
REMEMBER! spamming, advertising, and bad words are NOT ALLOWED.. My BLOG, My RULES.. TQ

Monday, December 12, 2011

Assertiveness + Ketegasan

Hari ini adalah hari yang mana aku mempelajari secara lebih detail tentang apakah itu erti ketegasan or assertiveness in life..
Banyak kali aku mendengar tentang perkataan 'assertif' atau 'ketegasan' ini..
Tapi aku tidak tahu, bagaimana mahu mengaplikasikan perkataan tu..

Apa yang perlu ditegaskan?

Hari ini, baru aku tahu, ketegasan itu sebenarnya adalah salah satu cara untuk mempercayai keupayaan diri sendiri.
Assertiveness is :

If you THINK YOU CAN make it in time OR
If you WANT to grab a chance WITH
Your DARE to take a risk WITHOUT
UNDO or LOOKING BACK.

So, pada masa itu, kita akan belajar macam mana untuk berfikir..
Bukan sahaja pada waktu itu, tetapi juga kesannya yang akan berlaku..
Pada sejam akan datang, esok, lusa, bulan hadapan, tahun hadapan, dan mungkin sehingga 10, 20, 30 tahun akan datang..
Yang aku tahu, keputusan yang aku ambil pada hari ini akan membawa kesannya pada masa hadapan.
Sama ada nampak secara jelas atau tidak jelas.

Contohnya, seseorang yang merokok.. Kita tidak pasti tentang apakah yang akan berlaku padanya pada masa hadapan, jika dia mengambil keputusan untuk berhenti hari ini, maka peluang untuk hidup secara sihat pada masa hadapan akan lebih cerah. Jika dia tidak berhenti, bukan sahaja dia yang akan menerima risikonya, tetapi, keluarganya, keturunannya, dan juga rakan2nya.

Kita semakin dewasa setiap hari.. Kita tidak boleh kembali ke zaman kanak2 semula..
Kita boleh berfikiran seperti kanak2, yang apabila dia jatuh, dia bangun semula tanpa memikirkan apa yang sebenarnya yang menyebabkan dia jatuh..
Kita boleh berfikiran seperti kanak-kanak, yang apabila dia berhadapan dengan masalah, dia akan cuba tangani masalah tersebut sehingga selesai dikerjakannya..
Kita boleh berani seperti kanak-kanak, yang semakin dilarang, semakin dibuatnya..

Namun, kita tidak boleh berfikiran seperti kanak-kanak, yang hanya memikirkan apa kesan yang akan berlaku pada masa itu sahaja setiap kali membuat sesuatu..
Kita tidak boleh seperti kanak2, yang hanya mementingkan emosi dan diri sendiri apabila tidak mendapat sesuatu yang di ingini tanpa memikirkan perasaan dan kesusahan orang lain..
Dan yang paling penting, kita tidak boleh seperti kanak2 yang sekejap mau ini, lepas tu mau itu, lepas tu mau lagi yang lain..
Walaupun memang begitulah manusia yang mempunyai banyak kemahuan melebihi kemampuan..

Oleh itu,
Kita mesti tegas, 
Tegas pada diri sendiri..
Kita akan berhadapan dengan pelbagai pilihan..
Dan dengan melihat pelbagai pilihan itu, kita mempunyai pelbagai kemahuan
Namun kita harus tegas, kerana kemampuan kita tidak sebesar kemahuan kita oleh itu kita harus pilih salah satu daripada kemahuan2 itu..

Sebelum kemahuan itu kita laksanakan, fikir apakah kesan yang mungkin akan berlaku apabila kita memilih keputusan tersebut..
Setiap keputusan kita, akan memberi kesan kepada diri sendiri..
Acapkali keputusan boleh mempengaruhi hidup orang lain, sama ada ibu bapa, adik beradik, keluarga, pasangan hidup kawan2 dan sebagainya.. Bergantung juga dengan jenis keputusan yang kita ambil..

Setelah keputusan telah diambil, di situlah perlunya sifat ketegasan. Kita yakin dengan apa yang telah kita fikirkan..

Apa yang berlaku, setelah keputusan itu diambil, teruskan dan jangan dengan suka hati mengubah keputusan mengikut 'unwise prediction' yang mungkin punca utamanya datang daripada pengaruh emosi atau pengaruh persekitaran.
Jika unwise prediction itu berlaku, ingatlah kita telah fikirkan risikonya bukan?
Jadi teruskan..
Ingatlah DEGIL BUKAN TEGAS, Tetapi TEGAS ADALAH DEGIL!!
Kita berdegil kerana kita telah memikirkan apa yang akan berlaku.. Ertinya degil bukan sebarang degil..! 
Oleh itu bertegaslah sehingga penghujungnya..
Atau sehingga kita tidak mampu untuk menahannya, barulah kita fikirkan cara untuk mengubah keputusan dan menyelesaikan masalah yang tercetus dari keputusan, bukan lari dari masalah..
Kita telah memilih keputusan itu, dan kita harus berani menerima apapun yang berlaku hasil daripada keputusan itu..
Ia adalah salah satu daripada pembentukan disiplin diri dan cara hidup yang lebih baik untuk masa hadapan..

Akhirnya, apapun yang berlaku, Tawakkallah dan Redhalah kepada Allah s.w.t kerana Dialah yang maha mengetahui Qada' dan Qadar setiap manusia  :)
Namun harus di ingat, Tuhan tidak akan mengubah nasib seorang insan jika bukan insan itu sendiri yang mengubahnya!!!


0 comments: