BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Thank You For Dropping By.. You are very appreciated to be here.. It is recomended to you to leave a comment..
This blog is free from any political views..
REMEMBER! spamming, advertising, and bad words are NOT ALLOWED.. My BLOG, My RULES.. TQ

Sunday, December 11, 2011

Coretan L.I : Pre-L.I (Latihan Industri)

11 Disembar 2011..

09 hari lagi akan melangkah ke semester 4 sepanjang perjalanan aku di Politeknik ini..
Latihan Industri.
Memang sesuatu yang mendebarkan bila menyedari inilah kali pertama aku melangkah ke alam pekerjaan. (walaupun bukan sebagai pekerja tetap)
Aku yang selama ini tidak pernah, tetapi mahu merasai apakah itu alam pekerjaan, rasa exited..
Tapi pada masa yang sama, rasa takut pun ada..
Apa yang dorang akan fikir pasal aku ya?
Aku pemalas ka? Penyibuk ka? atau 'terlalu rajin' ka?
Apa yang akan berlaku nanti ya..??

Kadang2 aku rasa sangat takut untuk menghadapi kenyataan..
Kalau boleh, aku lari..
Tapi, aku tahu.. setiap manusia akan merasai perubahan dalam hidup..
hidup tidak akan selalunya sama setiap hari..
Ia akan berubah mengikut masa..
Setiap tahun,
Setiap bulan,
Setiap jam,
Setiap minit,
Setiap saat,
Setiap waktu,
dan setiap ketika.
manusia akan berubah tidak mengira masa..
Kali ini, perubahan ini aku rasakan sangat besar..
dan sangat mendebarkan..

11 Disember 2011
08 hari lagi kearah satu permulaan yang baru..
Aku akan menjalani Latihan Industri, sendiri
Tanpa ditemani sesiapa pun dari rakan sekelas
Yah~~ Memang nampak sangat macam 'berani mati' untuk berpraktikal sendirian di sebuah syarikat yang besar bertaraf antarabangsa seperti Malaysian Airports Sdn. Bhd. LTABKK
Itu mungkin satu adventure.. Tapi aku doakan janganla ia jadi suatu disaster.. 
Namun, apa yang jelas, aku mempunyai matlamat dan objektif yang tersurat dan tersirat tersendiri.. 
Kalau aku review balik coretan2 yang ada di blog ni, jelas sangat maksud tersirat tu.. hhmm..
Persediaan, seperti yang diminta, insuran. Telah diuruskan.. aku tak tahu kenapa..
Aku termakan kata2 sendiri, "walaupun tidak ada elaun atau bayaran apa2, aku tetap akan pergi sana"
Ya, aku termakan kata sendiri.. Walau apapun, aku teruskan juga..
Banyak sebenarnya perkara2 yang berlaku disebalik keputusan itu..
Namun, aku harus kuat.. Ini adalah pilihan dan kemahuan aku sendiri..

Yang pasti, aku datang sebagai
~~seorang pelajar,
~~seorang pemerhati,
~~mungkin juga sebagai seorang penilai..
Yang akan belajar, memerhati dan menilai cara mereka bekerja, keprofessionalan mereka..
Aku tidak menjamin selepas Diploma, aku akan bersama2 mereka..
Tetapi aku ingin merasai suasana bekerja mereka..
Aku tidak tahu apa yang akan berlaku..
Semoga aku kuat menghadapinya.. AMIN

0 comments: